Vouch Voting for new users and shellium members/msa

From SHellium Wiki
Jump to: navigation, search
Geographylogo.png In other languages: English | Afrikaans | Albanian | Arabic | Brazilian | Bulgarian | Catalan | Chinese | Croatian | Czech | Danish | Dutch | Esperanto | Estonian | Filipino | Finnish | Flemish | French | German | Greek | Hebrew | Hindi | Hungarian | Indonesian | Italian | Japanese | Latvian | Lithuanian | Macedonian | Malay | Malayalam | Norwegian (Bokmål) | Norwegian (Nynorsk) | Persian | Polish | Portuguese | Romanian | Russian | Serbian | Slovak | Slovenian | Spanish | Swedish | Turkish | Ukrainian | Urdu

Contents

Jaminan/Undian untuk pengguna baru

SHellium menggunakan program tajaan/jaminan untuk induksi ahli baru ke dalam perkhidmatan dan komuniti kami. Walaupun ini akan memanjangkan masa di antara permohonan dan penerimaan aktivasi akaun cengkerang, ia juga memastikan komuniti kami tetap kukuh dan memastikan kesinambungan perkhidmatan kami.

Bagaimana caranya untuk memberi sumbangan?

Ahli baru: Bagaimana caranya mendapatkan jaminan/undian ?

Dapatkan jaminan dari empat orang ahli Shellium sekiranya anda belum pernah menyumbang apa-apa kepada komuniti SHellium, samada dengan penulisan wiki, berkongsi aturcara atau skrip berguna yang telah anda hasilkan dll. Sertai saluran #shellium di chat.freenode.net untuk memulakan komunikasi dengan ahli-ahli, pentadbir-pentadbir dan operator-operator. Dapatkan kenalan baru! :) Nickname IRC anda di freenode tidak semestinya sama dengan nama pengguna yang telah anda pilih semasa mendaftar untuk akaun cangkerang di laman web. Sekiranya anda tidak pernah menggunakan IRC (Internet Relay Chat/Sembangan Geganti Internet) sebelum ini atau tidak mempunyai perisian klien IRC, anda boleh menggunakan perisian klien Java melalui pelayar web anda di webchat.freenode.net. Kalau anda menggunakan pelayar Firefox dengan add-on NoScript, anda perlu membolehkan penskripan dahulu untuk freenode.net.

  • Perhatian:

Adalah dianggap kurang sopan sekiranya anda masuk ke dalam saluran IRC dan terus sahaja meminta-minta jaminan dari ahli yang ada di situ. Jangan lupa perkenalkan diri anda sebagai pengguna baru supaya orang lain tahu bahawa memerlukan jaminan. Ramai juga orang yang muncul setiap hari dengan niat mencari jaminan. Sebagai pemberi jaminan yang bertanggungjawab, kami tidak mampu memberi kelulusan kepada semua pemohon sekaligus. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang menyebabkan anda mudah dikenangi, juga kalau anda tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan orang lain menyampah, maka anda pasti tidak akan mengalami sebarang masalah untuk mendapatkan jaminan.

Langkah ini sepatutnya tidak akan mengambil masa lebih dari dua hari, bergantung pada bilangan ahli (pemberi jaminan) yang dapat berkenalan dengan anda. Khususnya, anda memerlukan empat jaminan kecuali jika anda telah memberi sumbangan. Sumbangan bukan sahaja mungkin dalam bentuk penulisan dan penyuntingan wiki, atau pendermaan wang, malah boleh juga terdiri antara lainnya, dari penghasilan lukisan grafik untuk SHellium, menolong orang lain, penyertaan aktif dalam irc, atau berkongsi aturcara perisian hasil buatan anda sendiri yang berguna buat kami. Pendek kata, apa-apa sahaja yang anda rasakan perlu di sini berkemungkinan diterima sebagai sumbangan.

Jaminan/Undian untuk ahli-ahli lama shellium

Ahli Lama: Cara memberi jaminan kepada ahli-ahli baru

Untuk memberi jaminan anda kepada ahli lain mudah sahaja: cuma hantar mesej peribadi kepada salah seorang pentadbir (admin) dengan menyertakan maklumat nama pengguna cangkerang anda, dan nama pengguna (web dan IRC) orang yang anda ingin berikan jaminan. Tapi hati-hati, kadangkala nickname di IRC dan nama pengguna adalah berlainan! Tanyalah dulu!

Anda juga boleh memberi jaminan melalui bot shellium. Bot tersebut berada di #shellium dan mempunyai nickname bot|shellium. Untuk menggunakan bot tersebut, anda perlu terlebih dahulu membuat pengenalan diri kepadanya. Ikuti arahan mengenai pengenalan diri yang tertera dalam laman bot. Selepas itu, anda boleh menggunakan arahan addvouch untuk memberi jaminan kepada ahli-ahli yang prospektif.

Sebelum anda memberi jaminan kepada mana-mana orang, pastikan bahawa mereka tidak berkelakuan seperti script kiddie (gila kuasa, mentang-mentang baru belajar benda baru) atau seorang yang mungkin berniat jahat terhadap komuniti SHellium dan pelayannya. Sekiranya mereka tidak mengetahui tentang peraturan-peraturan, jangan berikan jaminan kepada mereka. Juga, jangan berikan jaminan kepada seseorang itu sejurus sahaja anda melihat dia. Cuba pastikan bahawa dia akan terus-menerus aktif. Elakkan dari memberi jaminan sekurang-kurangnya sehingga anda telah bertemu dengan orang tersebut buat kali kedua dan sempat mengetahui dirinya dengan lebih baik.

Anda hanya dibenarkan memberi jaminan untuk seorang pengguna sahaja setiap hari. Anda tidak boleh menabung "mata jaminan", oleh itu, anda tidak boleh memberi jaminan kepada 7 orang sekaligus walaupun setelah seminggu tidak memberi jaminan kepada sesiapa. Anda juga tidak boleh memberi jaminan kepada pengguna yang sama lebih dari sekali. Mereka mesti mendapatkan jaminan dari ahli lain. Nama pengguna cangkerang anda akan dimasukkan ke dalam log setiap kali anda memberikan jaminan kepada orang. Sekiranya orang yang mendapat jaminan dari anda itu disenaraihitam atau dikunci capaiannya kerana melanggar peraturan, akaun anda juga mungkin akan dikunci/senaraihitam, oleh itu gunakanlah kebijaksanaan anda apabila memberi jaminan.

Setiap ahli SHellium seharusnya memberi jaminan kepada sekurang-kurangnya dua ahli baru. Setelah lama anda mencari-cari jaminan untuk diri anda dan akhirnya menjadi ahli komuniti SHellium, agak tidak sopan sekiranya anda pula tidak menolong ahli baru mendapatkan jaminan! Anda sepatutnya berasa bangga sekiranya anda dapat membalas budi terhadap komuniti ini. Jangan hanya guna dan tinggalkan begitu sahaja.

Terima kasih atas sumbangan dan bantuan anda terhadap perkembangan SHellium!

Tips: Untuk menyenangkan lagi kerja tracking sumbangan (ataupun anggaran kebergunaan seseorang itu), cuba gunakan arahan !thankyou <nick> dan !respectof <nick> kerana ianya lebih mudah ditrack.

Personal tools
Namespaces

Variants
Actions
Navigation
Indexes
SHellium Sites
Toolbox