SHellium:Rules/msa
From SHellium Wiki
DASAR GUNA BOLEH TERIMA (AUP)
AUP Pelayan
- Dilarang berkongsi akaun anda dengan orang lain.
- Anda hanya boleh menggunakan port yang telah ditetapkan untuk anda.
- Dilarang menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang.
- Jangan terlalu banyak menggunakan sumber.
- Kuota cakera dihadkan kepada 250MB.
- Dilarang menjalankan lebih dari 2 proses latar (background) pada bila-bila masa.
- Setiap BNC hanya dibenarkan maksimum 4 pengguna sahaja - 1 pentadbir + 3 pengguna.
- Dilarang menjalankan pelayan IRC, perkhidmatan IRCd, proksi, pelayan permainan(game server) dan shoutcast. Bouncer dibenarkan. Sekiranya kurang pasti samada perisian tertentu dibenarkan atau tidak, tanya mereka yang tahu.
- Dilarang menyalahgunakan pelayan IRC pada bila-bila masa, termasuk juga tetapi tidak terhad kepada mengelak daripada K-Lined.
- Dilarang menyalahgunakan bot.
- Dilarang melakukan sesuatu yang mungkin boleh menyebabkan vhost, ip Shellium dll disenaraihitam, zlined, klined, *lined dan sebagainya. Akses cangkerang anda boleh disekat sekiranya keadaan sedemikian berlaku.
- Sekiranya anda dikesan menghantar spam ke dalam mana-mana saluran dan perbuatan anda telah dilaporkan oleh pentadbir dari mana-mana rangkaian, biar dengan cara pertanyaan ctcp atau sebagainya dengan tujuan mengganggu pengguna lain maka anda mungkin akan disenaraihitam.
- Apabila anda berada di dalam sebarang #saluran, maka anda akan terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di situ dan hendaklah menghormatinya. Jika tidak, keluar sahaja daripada saluran tersebut.
AUP Saluran
- Dilarang melancarkan sebarang bot tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu. Sekiranya diizinkan, pastikan anda mendaftar/mengenalkan bot anda dengan nickserv.
- Dilarang /msg sesiapa pun tanpa terlebih dahulu meminta izin orang tersebut, kecuali orang tersebut telah secara terang-terang meminta anda berbuat demikian.
- Layani orang lain di dalam saluran dengan bersopan santun dan hormat.
- Penyalahgunaan bot atau skrip adalah dilarang sama sekali.