SHellium:About/msa
| It has been suggested that the text on Shellium should be merged into (added to) this page or section. (Discuss) |
| This page needs attention. Please make proper updates and then remove this template. Reason: this content is for FAQ, here should be information about shellium |
Apakah SHellium?
SHellium adalah satu servis PERCUMA yang memberikan akses shell kepada semua pengguna
Saya dengar shell ini adalah untuk penggodam... adakah ini benar?
SHellium tidak mempromosikan aktiviti haram seperti 'blackhat hacking' dan 'cracking', tetapi menyambut 'hackers' yang mengikut etika. Kami membenarkan akses shell kepada semua orang tanpa soalan-soalan terperinci. 'Vulnerability scans' dan 'background processes' boleh digunakan dalam SHellium dengan percuma. Sesetengah orang mengklasifikasikan ini sebagai aktiviti menggodam tetapi kami membenarkan kebebasan melahirkan perasaan jikalau ia tidak menyalahi undang-undang.
Mengapa saya tidak boleh log masuk dalam shell?
Kerana anda belum masuk #shellium di freenode untuk mengaktifkan shell akaun. Pendaftaran hanya memberi anda akses kepada laman web dan kita mahu berbincang dengan anda sekejap sebelum memberi akses penuh kepada anda. Cogan kata SHellium adalah 'Free Shells to All'; ini bermakna kami percaya dalam pemberian pertologan kepada semua pengguna shell tidak kira pengguna Windows, Linux atau Mac OS. Cara terbaik untuk pengguna belajar tentang shell adalah untuk memberikan servis percuma kepada pengguna. Harapan kami adalah pengguna kami akan memberi balik kepada komuniti pada masa hadapan dengan menyertai projek Open Source dan GNU macam project ini.
Adakah SHellium digodam pada Jun 2008?
Tidak, SHellium tidak digodam tetapi kami akan mengakui kepada semua orang sekiranya kami digodam. Kami juga akan menyediakan semua butir-butir penggodaman sekiranya ini berlaku. Banyak pengguna dahulu cuba mengakses 'root access' dan akaun mereka telah ditamatkan kerana ini menyalahi undang-undang 'Term of Service' kami.
Di mana saya boleh mendapatkan BNC percuma?
BNC ini adalah di merata-rata tempat dalam servis kami. Kami menawarkan ZNC, psybnc, dan sbc tidak lama lagi untuk pengguna kami, tanpa memerlukan pembinaan program yang kompleks dan susah. Kami mengendalikan bouncer pada beberapa port. Anda perlu membaca Wiki kami atau menanya di #shellium pada irc.freenode.net untuk mempelajarinya.
Mengapa saya tidak boleh connect kepada irc pada port 6667?
ISP SHellium menyekat port 6667 pada masa dahulu. Ini bukan kesnya sekarang kerana SHellium telah tukar kepada datacentar yang baru. Semua sepatutnya berfungsi sekali lagi. Sekiranya ia tidak, tolong menghubungi salah seorang ahli 'Support Team'
Saya dengar sistem ini dikendalikan oleh watak-watak hero dan tokoh-tokoh filem?
Ini adalah benar; Superman, James Bond dan Kapten Crunch memastikan sistem ini berfungsi 24/7.