Index:FAQ/msa

From SHellium Wiki
Jump to: navigation, search
Geographylogo.png In other languages: English | Afrikaans | Albanian | Arabic | Brazilian | Bulgarian | Catalan | Chinese | Croatian | Czech | Danish | Dutch | Esperanto | Estonian | Filipino | Finnish | Flemish | French | German | Greek | Hebrew | Hindi | Hungarian | Indonesian | Italian | Japanese | Latvian | Lithuanian | Macedonian | Malay | Malayalam | Norwegian (Bokmål) | Norwegian (Nynorsk) | Persian | Polish | Portuguese | Romanian | Russian | Serbian | Slovak | Slovenian | Spanish | Swedish | Turkish | Ukrainian | Urdu


Contents

Umum

Apakah Cangkerang Unix?

Ringkasnya, cangkerang Unix adalah pentafsir baris perintah yang menyediakan antaramuka untuk sistem pengendalian Unix dan sistem ala-Unix. Pengguna mengatur operasi komputer dengan memasukkan arahan dalam bentuk teks, yang kemudiannya dikendalikan oleh penafsir baris perintah. Cangkerang Unix boleh dilihat setara dengan penafsir baris perintah Windows, iaitu MS-DOS.

Bagaimanakah boleh saya mengaktivasi akaun cangkerang tersebut?

  • Pertama sekali, baca ini.
  • Apabila anda telah memperolehi jumlah jaminan yang diperlukan, hubungi salah seorang pentadbir di #shellium (FreeNode).
    • Untuk melihat siapakah pentadbir, lancarkan arahan !admin di dalam saluran #shellium (FreeNode).

Saya tidak dapat menggunakan IRC!

ISP SHellium yang terdahulu telah menyekat sambungan ke port 6667. Walaubagaimanapun, keadaan tersebut telah berlalu. Kini, SHellium telah berpindah ke pusat data yang baru. Oleh itu, ia tidak menjadi masalah lagi. Sekiranya masih tidak berjaya, sila hubungi salah seorang ahli pasukan Bantuan Sokongan. Untuk menggunakan mIRC untuk menghubungi Shellium klik di sini.

Saya tersekat di belakang firewall Universiti / Korporat dan tidak mempunyai capaian akaun cangkerang!

Jadi, anda tersekat di belakang firewall? Nasib anda cukup baik kerana ada bimbingan untuk anda di sini

Di manakah boleh saya dapatkan bantuan lanjut?

Pasukan SHellium sentiasa menambahkan artikel-artikel ke dalam wiki. Periksalah selalu agar anda dapat memanfaatkan maklumat terkini. Sekiranya maklumat yang ada di sini tidak memadai, sila pergi ke Wikipedia.

Sekiranya anda perlukan bantuan segera, sertailah sembang menggunakan perisian klien IRC seperti mIRC dan sambungkan ke rangkaian irc.freenode.net saluran #shellium.

Jadi sekarang bagaimana nak dapatkan cangkerang percuma saya?

Cara paling cepat untuk mendapatkan cangkerang anda adalah dengan membaca Bimbingan Pengguna Baru.

Mengapakah saya tidak dapat log masuk ke dalam cangkerang tersebut?

Sebab anda belum lagi menyertai saluran #shellium di freenode untuk mengaktifkan akaun cangkerang anda. Pendaftaran hanya membolehkan anda mencapai laman web sahaja, tetapi kami ingin mengetahui diri anda secara lebih terperinci sebelum memberikan akses sepenuhnya ke dalam khidmat cangkerang kami.

Mengapakah perkhidmatan ini tidak dikenakan bayaran seperti perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian yang lain?

Motto SHellium adalah Cangkerang Percuma Untuk Semua; ini bererti kami percaya kami harus membantu pengguna cangkerang seangkatan samada mereka menggunakan Windows, Linux atau Mac OS. Cara terbaik untuk pengguna mempelajari sesuatu adalah dengan menawarkan mereka perkhidmatan tanpa bayar agar mereka boleh belajar mengikut kadar waktu yang sesuai untuk diri mereka. Pengguna-pengguna kami seterusnya akan membalas budi terhadap komuniti dengan menyertai projek-projek Sumber Terbuka, GNU seperti projek ini.

Saya sudah ada cangkerang, tapi bagaimanakah boleh saya gunakan GCC?

Untuk menggunakan GCC, masukkan arahan-arahan di bawah ini dalam cangkerang anda.

echo 'akaunIdentitiNickServAnda' > ~/.nident; chmod a+r ~/.nident

(Ketahuilah bahawa ID nickserv IRC berdaftar diperlukan. Lihat bimbingan IRC untuk maklumat lebih lanjut.)

/msg bot|shellium getgcc namaPenggunaCangkerangAnda tujuanPermintaan

Ketahuilah bahawa akses GCC hanya akan diberikan kepada anda untuk jangka masa lima belas minit sahaja. Selepas itu, anda perlu menunggu selama satu hari penuh sebelum anda boleh membuat permintaan seterusnya.

Saya ada terdengar bahawa cangkerang ini adalah untuk penggodam... adakah ini benar?

SHellium tidak menggalakkan aktiviti haram/tidak sah seperti penggodaman topi hitam (black hat hacking) dan perekahan (cracking), namum begitu penggodam beretika (ethical hackers) adalah dialu-alukan. Kami membenarkan akses sedunia ke dalam cangkerang kami tanpa banyak soal, jika ada pun. Imbas kerentanan (vulnerability scanning) dan proses-proses latar boleh dilancarkan di SHellium secara percuma. Mungkin ada yang melihat perkara ini sebagai penggodaman tetapi kami membenarkannya kebebasan berekspresi (freedom of expression) selagi ianya masih terangkum dalam had undang-undang (within the limits of the law).

Apakah harus saya lakukan sekiranya akaun cangkerang saya terkompromi?

Pertama sekali anda harus masuk ke saluran #shellium di Freenode. Minta salah seorang pentadbir menukarkan kata laluan anda. Sekiranya anda telah menggunakan SSH Tanpa Pembuktian Kata Laluan (SSH Without Password Authentication), periksa fail ~/.ssh/authorizedkeys secara teliti dan padamkan mana-mana kekunci yang tidak dapat dikenalpasti. Akhir sekali, periksa tatarajah (configuration) bouncer/eggdrop.
Untuk maklumat mengenai senarai hitam alamat IP, klik di sini: IP Disekat.

Mana bnc percuma tu?

Bnc ada di mana-mana saja. Kami ada menawarkan ZNC, PsyBnc dan tidak lama lagi sbc untuk kegunaan pengguna-pengguna kami tanpa kerumitan pembinaan aturcara-aturcara kompleks dan tatarajah-tatarajah yang memeningkan. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun cangkerang, gunakan arahan 'myports' untuk senarai port yang dibenarkan buat kegunaan tatarajah bouncer anda.

Apa harus saya lakukan sekiranya saya terlupa kata laluan?

Jangan menggelabah. Layari http://www.shellium.org. Log masuk. Pergi ke laman hubungan (Contact page). Isikan borang yang ada di situ serta pilih reset kata laluan (Reset shell password) dalam senarai kategori (Category). Memasukan sebanyak mungkin maklumat yang BERGUNA dalam kekotak mesej adalah amat dihargai. Hantar borang tersebut (klik Send) dan tunggu.

Wiki

Personal tools
Namespaces

Variants
Actions
Navigation
Indexes
SHellium Sites
Toolbox