Help:Tutorial Creating and Editing/msa

From SHellium Wiki

Jump to: navigation, search
Geographylogo.png In other languages: English | Afrikaans | Albanian | Arabic | Brazilian | Bulgarian | Catalan | Chinese | Croatian | Czech | Danish | Dutch | Esperanto | Estonian | Filipino | Finnish | Flemish | French | German | Greek | Hebrew | Hindi | Hungarian | Indonesian | Italian | Japanese | Latvian | Lithuanian | Macedonian | Malay | Malayalam | Norwegian (Bokmål) | Norwegian (Nynorsk) | Persian | Polish | Portuguese | Romanian | Russian | Serbian | Slovak | Slovenian | Spanish | Swedish | Turkish | Ukrainian | Urdu

Muka Depan   Tatacara Penamaan   Pewujudan dan Penyuntingan   Pemformatan   Pautan   Sembang, Sejarah dan Pemantauan   Gambar dan Table   Pengalihan dan Pemadaman    

Beranikan diri

Peraturan pertama dalam bidang penyuntingan wiki adalah beranikan diri. Beranikan diri anda untuk membuat perubahan. Orang lain boleh menolong membetulkan kesilapan yang anda lakukan, oleh itu cubalah dan lakukan dengan konfiden! Memang terdapat pelbagai konvensyen, peraturan dan falsafah yang menentukan bidang penyuntingan laman wiki, tetapi "beranikan diri" adalah yang paling penting antaranya! Secara am, anda perlu cuba menulis dengan jelas dan ringkas serta memastikan anda sentiasa berniat untuk melakukan sesuatu untuk memperbaiki lagi kandungan wiki. Suntingan bukan sahaja boleh jadi dalam bentuk satu perenggan atau beberapa muka penuh, malah ia mungkin juga berbentuk perubahan kecil seperti membetulkan kesilapan menaip atau ejaan.[1]

Sekiranya anda merasakan sebuah laman perlu diadakan, maka masukkanlah kandungannya. Biar kerja-kerja pembetulan dan perubah-baikan dilakukan oleh komuniti. Laman-laman wiki mempunyai sejarah versi dan boleh dikembalikan kepada keadaan sebelumnya dengan mudah. Jangan risaukan kesilapan kerana ianya tidak sukar untuk dibetulkan.

Cara menyunting muka laman wiki yang sedia ada

Apabila anda menemui muka laman sedia ada yang anda ingin mengubah, klik tab edit pada bahagian atas. Ini akan membawa anda ke penyunting wiki, iaitu sebuah penyunting teks yang dibuka dalam pelayar internet anda.

Ubahlah apa yang anda rasa perlu diubah, kemudian klik tombol preview pada bahagian bawah laman tersebut. Ini akan memaparkan versi muka laman yang telah berubah. Apabila anda telah berpuashati dengan suntingan tersebut, anda patut menaip ringkasan kecil di dalam kekotak Summary. Sekiranya ia satu perubahan kecil, klik pada check box minor edit. Apakah pula erti minor edit atau perubahan kecil? Sekiranya perubahan yang anda lakukan tidak mengubah teks kandungan secara signifikan, maka itulah perubahan kecil. Bacalah penerangan terperinci tentang perubahan kecil di laman Wikipedia.

Perubahan yang anda lakukan tidak akan disimpan selagi anda belum mengklik tombol Save changes pada bahagian bawah muka laman tersebut.

Cara mewujudkan muka laman baru

Pastikan anda tahu Tatacara Penamaan Wiki Shellium

Anda mungkin perasan bahawa sesetengah pautan pada wiki diwarnakan dengan warna merah. Ini bermakna bahawa laman tersebut belum wujud lagi, tetapi sang penyunting telah memutuskan bahawa ia patut diwujudkan lalu meletakkan pautan tersebut di situ. Anda boleh mengklik pautan tersebut dan anda akan dibawa ke kekotak suntingan untuk muka laman baru. Sekiranya anda meletakkan apa-apa kandungan dan menyimpannya, muka laman baru akan diwujudkan. Untuk mendapatkan senarai lengkap muka-muka laman yang belum wujud, sila pergi ke Laman yang dikehendaki.

Penterjemahan

Penterjemahan adalah kerja yang paling diperlukan di wiki Shellium (Lihat juga, rujukan untuk penterjemah Bahasa Melayu di muka laman pengguna alidrus2000). Oleh kerana terdapat begitu banyak bahasa yang kami sokongi, muka laman baru sentiasa diwujudkan dan diubah pada setiap masa; kerja-kerja penterjemahan amatlah diperlukan.

Menterjemah muka laman yang mengandungi bar bahasa (language bar) adalah cukup mudah. Mengklik pada pautan bahasa yang relevan akan membawa anda ke muka laman tersebut dalam bahasa yang dipilih. Sekiranya muka laman tersebut belum lagi wujud, anda akan dibawa ke kekotak suntingan.

Muka laman yang tidak mengandungi bar bahasa boleh ditambah dengan templat ''{{languages}}'' pada bahagian atas. Kemudian, anda cuma perlu klik pada mana-mana bahasa untuk memulakan proses penterjemahan. Mengklik pada pautan sesuatu bahasa akan mewujudkan muka laman baru dengan /xy ditambah pada nama asal muka tersebut; di mana xy adalah kod bahasa.

Cara ringkas untuk menterjemah sesuatu muka adalah dengan menyalin (copy) sumber dari kekotak suntingan muka asal dan meletakkannya (paste) pada muka baru yang diwujudkan itu. Kemudian, gantikan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris satu-persatu kepada bahasa terjemahan.

Dapatkan lebih maklumat tentang penterjemahan di muka Cara menterjemah, dan cara-cara lain untuk memberi sumbangan di Sumbangan

Seterusnya: Pemformatan
Personal tools
Namespaces
Variants
Actions
Navigation
Indexes
SHellium Sites
Toolbox