Contributions/msa
| It has been suggested that this page or section should be merged with Site support. (Discuss) After merging please change the content of this page to #REDIRECT [[Site support]] |
Contents |
Faedah Memberi Sumbangan
Sebab paling biasa untuk memberi sumbangan adalah untuk mendapatkan akaun cangkerang SHellium yang didambakan ramai. Akaun-akaun shell diberikan percuma tetapi biasanya perlu diiringi dengan derma atau sumbangan kepada komuniti. Sumbangan-sumbangan tersebut menolong untuk mengurangkan syarat bilangan vouch dari 4 vouch kepada 3 atau 2 (bergantung pada jumlah sumbangan yang telah anda berikan) di kalangan komuniti aktivasi cangkerang IRC. Penerangan lanjut tentang sistem vouch boleh didapati di Indeks HOWTO. Sumbangan anda juga boleh menolong anda mendapat pengiktirafan dan penerimaan di kalangan ahli pengurusan SHellium dan kalangan lain-lain ahli komuniti. Integrasi di kalangan komuniti adalah penting untuk mempercepatkan penerimaan anda ke dalam komuniti.
Cara-cara Memberi Sumbangan
Secara umumnya, terdapat beberapa cara yang popular untuk anda memberikan sumbangan kepada shellium, seperti yang tersenarai di bawah. Berikut adalah petunjuk-petunjuk am dan tidak dihadkan atau disekat dengan apa cara sekalipun.
Derma
Sokongan komuniti IRC
Ahli sokongan komuniti IRC adalah sukarelawan yang membantu secara sukarela di saluran IRC shellium (/server -m irc.freenode.com -j #shellium | atau /server -m irc.shellium.org) untuk menolong ahli-ahli baru mendapatkan akaun dan juga menjawab soalan pelbagai. Bilangan ahli sokongan, baik di kalangan pentadbir shellium maupun di kalangan sukarelawan yang ada pada masa ini amatlah memberangsangkan. Kebiasaannya beberapa ahli ada online pada bila-bila masa sahaja (statistik boleh didapati). Soalan-soalan seperti yang berkaitan penskripan (scripting), pewujudan (creation), dan penggunaan perisian-perisian cangkerang adalah juga dijangkakan. Selain itu juga, terdapat persembangan dan diskusi rawak seperti yang terdapat di mana-mana jua saluran IRC yang lain. Aktiviti kerap seperti ini akan membolehkan anda memahami dan mengenali ahli-ahli lain dengan lebih baik. Walaubagaimanapun, cara ini mungkin lambat dan akan mengambil masa yang lama bergantung pada tahap aktiviti anda.
Pewujudan Aturcara Perisian dan Skrip
Pewujudan aturcara perisian dan skrip untuk shellium adalah satu lagi bentuk sumbangan. Ini merupakan kerja yang paling sukar dan memerlukan tahap kemahiran pengaturcaraan yang signifikan untuk mewujudkan sesuatu yang berguna untuk komuniti. Ianya mungkin sesuatu seperti skrip instalasi atau apa-apa sahaja perkakasan yang berguna untuk shellium. Terdapat juga kekurangan dari segi keperluan skrip kerana kebanyakan skrip telah sedia wujud dan mudah didapati. Mereka yang ingin menyumbang di dalam bidang ini seharusnya memaklumkan kemahiran mereka kepada autoriti yang relevan, ataupun menyuarakan kemahiran mereka di dalam saluran IRC shellium.
Pewujudan, Penyuntingan dan Terjemahan Artikel Wiki
Boleh dikatakan, cara yang paling biasa dan efektif untuk memberi sumbangan adalah melalui pewujudan dan penyuntingan artikel-artikel wiki. Kandungan artikel boleh terdiri daripada operasi laman web shellium, atau penggunaan akaun cangkerang shellium. Sebagai contoh, artikel-artikel tersebut boleh terdiri dari tutorial/HOWTO tentang pewujudan dan penggunaan psyBNC, tutorial tentang penggunaan perl, atau penggunaan pengkompil di dalam akaun cangkerang. Oleh kerana shellium adalah komuniti yang masih lagi membangun, terdapat banyak lagi peluang menggunakan kaedah ini untuk memberi sumbangan. Para penyumbang juga boleh membetulkan artikel-artikel wiki tertentu dengan menyunting komponen ejaan dan nahu wiki serta pelbagai penambahbaikan yang lain. Buat masa ini, tahap permintaan adalah tinggi untuk terjemahan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti bahasa Russia dan Latin. Oleh itu, individu dari pelbagai bangsa dan latarbelakang juga boleh menggunakan kemahiran mereka yang unik untuk kebaikan bersama. Untuk maklumat lanjut tentang cara menterjemah, baca petunjuk: Cara menterjemah.
Ingatlah bahawa perolehan vouch hasil dari artikel wiki bukanlah proses yang dijalankan secara automatik kerana ianya masih memerlukan perhatian seorang pentadbir. Jumlah vouch yang didapati dari penyuntingan wiki juga sangat berkait rapat dengan kualiti penyuntingan tersebut.
Lihat juga: Cara menulis petunjuk untuk wiki SHellium
Tips: jika anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan, periksalah senarai TODO. Sekiranya senarai tersebut kosong, jangan segan silu untuk bertanya di saluran #shellium, kerana kemungkinan besar kami boleh mencadangkan sesuatu untuk anda.
Tarian
Anda boleh juga menari di dalam video sambil memegang banner SHellium dan memuat naikkan video tersebut ke Youtube. Orang ramai akan melihat video tersebut di Youtube dan mungkin akan terlintas di fikiran mereka "Oh, cangkerang percuma! Saya ingin mencubanya.". Contoh-contoh ada di http://shellium.org