Basic Unix Commands/msa

From SHellium Wiki
Jump to: navigation, search
Geographylogo.png In other languages: English | Afrikaans | Albanian | Arabic | Brazilian | Bulgarian | Catalan | Chinese | Croatian | Czech | Danish | Dutch | Esperanto | Estonian | Filipino | Finnish | Flemish | French | German | Greek | Hebrew | Hindi | Hungarian | Indonesian | Italian | Japanese | Latvian | Lithuanian | Macedonian | Malay | Malayalam | Norwegian (Bokmål) | Norwegian (Nynorsk) | Persian | Polish | Portuguese | Romanian | Russian | Serbian | Slovak | Slovenian | Spanish | Swedish | Turkish | Ukrainian | Urdu


Contents

Cara selamat (secure) memuat naik fail ke dalam akaun cangkerang anda

Oleh kerana anda mempunyai akses ssh, anda boleh menggunakan SFTP untuk memindahkan data.

Unix dan yang seangkatan dengannya

scp

scp sangat mirip dengan cp, malah sesetengah orang hanya menggunakan scp menggantikan cp setiap masa, termasuk juga untuk penyalinan lokal.

Sintaks:

scp [[user@]host1:]fail1 [[user@]host2:]fail2

Beberapa pilihan:

-P port
-o pilihan_ssh

Contoh

Katakanlah nama pengguna anda coder1 dan anda ingin menyalin fail readme.txt dari direktori tempatan lokal ke dalam direktori tempatan di akaun cangkerang anda:

scp ~/readme.txt coder1@shellium.org:~

Ataupun, anda ingin memuat turun direktori bernama foobar dari akaun shellium anda (folder bernama foobar akan diwujudkan di dalam direktori tempatan lokal):

scp coder1@shellium.org:~/foobar ~

Anda kemudiannya akan disuruh memasukkan kata laluan ssh, dan fail (atau fail-fail) tersebut akan disalin.

Untuk maklumat lanjut tentang scp lawati Manpage

sftp

sftp adalah seperti ftp. Sekiranya anda telah biasa dengan ftp anda juga akan terbiasa dengan sftp. Penggunaan:

 sftp hostname

atau

 sftp username@hostname
  • Protokol SSH mampu memampat data anda. Sekiranya anda mempunyai hubungan internet yang lembap dan ingin memindahkan data boleh mampat, cuba dengan pilihan -C
 sftp -C username@hostname

sistem fail maya FISH

Pernahkah anda mendengar tentang Midnight Commander? Ianya perkakasan yang amat berguna. Sekiranya anda belum pernah menggunakannya, cuba:

 mc

di dalam konsol anda.

Pergi ke menu Left->Shell link... atau Right->Shell link..., dan masukkan namapengguna@namahos in the box or use username@hostname:C to enable compression.

Pelayar web Konqueror dan Dolphin di dalam KDE juga mampu menggunakan URL fish://. Oleh itu, ia boleh menghubung ke sambungan SSH dan menggunakan sambungan tersebut seperti folder biasa.

Pergi sahaja ke fish://pengguna@url.com dan pelayar tersebut akan memulakan sambungan.

Microsoft

Pakej ssh yang paling berguna ialah PuTTY. Ia disertakan dengan:

 PuTTY:     analogi ssh GUI
 PuTTYtel:  analogi telnet GUI
 PSCP:      analogi konsol scp
 PSFTP:     analogi konsol sftp
 Plink:     analogi ssh konsol
 Pageant:   analogi ssh-agent GUI
 PuTTYgen:  analogi ssh-keygen GUI, mampu mengimport kekunci openssh

Perkakasan-perkakasan konsol tersebut mirip dengan analogi setaranya dalam *nix.

WinSCP

WinSCP adalah alternatif yang lebih mesra pengguna untuk memindahkan fail dari/kepada cangkerang anda. Ia adalah klien SFTP/SCP/FTP yang percuma, bersumber terbuka, dan berlesen GPL yang mempunyai sokongan antaramuka grafik seperti explorer/commander. Ia sangat mudah digunapakai oleh pengguna-pengguna baru tetapi disertai ciri-ciri lanjutan yang canggih seperti integrasi agen pengesahaslian (authentication) PuTTY untuk kegunaan pengesahaslian kekunci am (public key authentication) dengan SSH, penyegerakan (synchronization) direktori separa automatik atau automatik sepenuhnya, penskripan untuk operasi terautomatik, serta sokongan pendrive U3. Anda boleh mendapatkannya dari laman web WinSCP.

PlugIn SFTP untuk Total Commander

Sekiranya anda menggunakan Total Commander, anda boleh memuat turun PlugIn SFTP. Cuma masukkan ke dalam Total Commander untuk memasangnya.

Arahan-arahan Unix Asas

Arahan-arahan Unix yang anda perlu tahu.

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa bagi setiap arahan, terdapat pilihan-pilihan lanjut yang boleh disiasat lanjut dengan menaip <command> --help atau man <command>.

Arahan-arahan Unix Asas: Arahan-arahan Fail

ls

Arahan penyenaraian (list). Arahan ini menyenaraikan fail-fail di dalam direktori. Penggunaannya:

ls -a

Arahan penyenaraian diikuti dengan -a. Arahan ini menyenaraikan kesemua fail di dalam direktori (termasuk fail-fail tersembunyi).

ls -l

Arahan penyenaraian diikuti dengan -l. Arahan ini menyenaraikan semua fail diikuti dengan maklumat fail dan tarikh/waktu perubahan terakhir.

ln

ln <sumber> <destinasi>

Arahan pautan (link) yang mencipta pautan keras (hard link). Ia membolehkan dua nama fail yang asing menuding kepada fail yang sama.

ln -s <sumber> <destinasi>

Arahan pautan diikuti dengan -s. Arahan ini akan mencipta pautan simbolik, mirip dengan pintasan (shortcut) dalam Windows.

rm

Araham padam. Jika diikuti dengan nama fail, ia akan memadam fail tersebut. Penggunaannya:

rm fail_saya

Arahan padam secara rekursi. Arahan ini akan memadam sesuatu direktori secara keseluruhan, termasuk semua fail dan direktori yang berada di dalamnya (hati-hati apabila menggunakan arahan ini).

rm -rf direktori

mv

mv

Arahan alih (move) yang boleh digunakan untuk mengalihkan fail ke direktori lain atau menamakan semula fail.

Alih ke direktori lain:        mv nama_fail /direktori_baru/
Namakan semula fail:           mv nama_fail nama_fail_baru
Alih dan namakan semula fail:  mv nama_fail /laluan/ke/direktori_baru/nama_fail_baru
Alihkan beberapa fail:         mv {fail1,fail2,fail3} /laluan/ke/direktori/

cp

cp

Arahan salin (copy). Arahan salin akan menyalin fail.

cp fail_saya /direktori_baru/

tar

Untuk mengarkibkan fail-fail secara berkelompok

tar -czf <nama arkib> <fail1> <fail2>

Untuk mengekstrak arkib .gz

tar -zxvf <nama_fail_arkib>

ch

Untuk mengubah pemilik sesuatu fail

chown <pengguna> <fail>

Untuk mengubah mod sesuatu fail (gunakan man chmod untuk mendapatkan keterangan mod-mod yang ada)

chmod <mod> <fail>

Untuk memaparkan fail

less

Pemandang fail teks bertala (scrolling text viewer)

head

Pandang baris-baris awal sesuatu fail

tail

Pandang baris-baris akhir sesuatu fail. Gunakan tail -f untuk memaparkan baris-baris baru dalam sesuatu fail secara terus menerus (amat berguna untuk memantau fail-fail log)

grep

Cari/gelintar baris-baris tertentu di dalam sesuatu fail. Gunakan grep <corak> [fail] untuk menyenaraikan semua baris di dalam fail tersebut yang mengandungi corak yang dibekalkan. Sekiranya fail tidak bekalkan, grep akan mencari dari stdin (masukan piawai atau standard input). Untuk mencipta fail baru, gunakan penyunting seperti nano.

nano nama_fail_baru_saya

akan mencipta fail baru bernama nama_fail_baru_saya. Anda boleh memilih dari pelbagai penyunting yang sedia ada.

Arahan-arahan Unix Asas: Direktori-direktori

Untuk melancarkan fail (boleh laku / executable) yang tidak berada di dalam folder bin/ cuma taipkan laluan (path) penuh ke fail tersebut

./<namafail>

atau

/home/user101/filebolehlaku

cd

Arahan tukar direktori (change directory). Arahan ini jika diikuti dengan nama direktori akan membawa anda ke direktori yang dibekalkan. Penggunaannya:

cd Direktori_Tersebut

Akan membawa anda ke Direktori_Tersebut

cd ..

Arahan tukar direktori diikuti dengan .. akan membawa anda naik satu tahap direktori.

cd ~

Arahan tukar direktori diikuti dengan ~ akan membawa anda ke direktori tempatan anda. Ini serupa dengan cuma menaipkan 'cd'.

cd -

Arahan tukar direktori diikuti dengan - akan membawa anda ke direktori yang sebelumnya (direktori di mana anda berada sebelum men-'cd' ke direktori sekarang).

mkdir

Arahan buat/cipta direktori (make directory) baru. Arahan ini mesti diikuti dengan nama direktori baru. Penggunaannya:

mkdir direktori_baru_saya

rmdir

Arahan buang/padam direktory (remove directory). Arahan ini mesti diikuti dengan nama direktori yang ingin anda buang/padam. Penggunaannya:

rmdir nama_direktori

pwd

Arahan papar direktori kerja (print working directory). Arahan ini akan memaparkan direktori kerja di mana anda berada sekarang.

Arahan-arahan Unix Asas: Proses-proses

ps

Arahan paparan proses yang akan memaparkan proses latarbelakang dan latardepan semasa disertakan dengan ID proses. Penggunaannya:

ps -u nama_pengguna_anda

Arahan paparan proses diikuti dengan -u dan nama pengguna anda. Ia akan menunjukkan semua proses yang berjalan di bawah nama pengguna anda disertakan ID proses-proses tersebut.

kill

Arahan tamatkan proses (kill process). Arahan ini jika diikuti dengan ID proses akan menamatkan perjalanan proses latarbelakang atau latardepan tersebut. Penggunaannya:

kill -9

Arahan tamatkan proses diikuti dengan -9 dan ID proses adalah cara yang biasanya dianjur oleh pentadbir-pentadbir untuk menamatkan sesuatu proses. Walaubagaimanapun, cara asal yang dianjurkan untuk menamatkan sesuatu proses adalah tanpa -9.

kill -9 12345

Menamatkan proses dengan ID proses 12345

killall

Arahan killall akan menamatkan semua ketika proses yang berjalan di bawah nama pengguna anda. Sekiranya anda ingin menamatkan ketika proses yang tertentu mengikut nama, contohnya semua ketika proses foobar, taipkan

killall foobar

nohup <process> &

Akan melancarkan proses (aturcara) anda di latar belakang dengan penjeratan SIGHUP. Ini membolehkan anda keluar dari cangkerang dan proses latar belakang tersebut akan terus berjalan. Contohnya:

nohup perl myscript.pl &

SUSPEND

Untuk menggantung perjalanan proses latar depan di terminal anda, gunakan SUSPEND, yang pada kebiasaannya boleh dilakukan dengan menekan CTRL+Z. Ini akan meletakkan proses tersebut di latar belakang. Contohnya:

vi myscript.pl

Di sini anda menggunakan vi untuk menyunting myscript.pl.
Anda kemudiannya memutuskan untuk melihat fail-fail anda sejenak.
Anda pun tekan <CTRL+Z>
output:

[1]+  Stopped                 vi
user@shellium:~$

Anda kini mempunyai proses vi tergantung dengan id kerja 1.

SIGINT

Menghantar isyarat ini biasanya akan menamatkan proses yang berada di latar depan. Dalam kebanyakan keadaan, singkatan untuk menghantar isyarat ini adalah CTRL+C. Ini akan menghantar isyarat sampukan (interrup signal) ke proses tersebut. Sekiranya proses tersebut tidak 'menangkap' SIGINT tersebut, proses itu akan ditamatkan.

fg <job id>

Akan membawa proses latar belakang kembali sebagai proses latar depan: fg <job id>Contoh:

fg 1

bg

Akan menyenaraikan kerja-kerja (iaitu proses-proses yang berjalan atau jobs) yang ada di latar belakang.

jobs

Akan menyenaraikan kerja-kerja yang ada bersertakan keadaan mereka (berjalan/running, terhenti/stopped, dll)

Arahan-arahan Unix Asas: Lain-lain arahan

watch <arahan>

Untuk melancarkan sesuatu arahan setiap beberapa saat dan memaparkan outputnya. Contoh:

watch ls -l

boleh digunakan untuk memeriksa saiz fail-fail di dalam direktori di mana anda berada setiap beberapa saat.

finger <pengguna>

Akan mendapatkan maklumat mengenai seseorang pengguna seperti nama sebenar mereka, kali terakhir mereka telah log masuk, dan samada terminal mereka boleh dihantar mesej (writable) atau tidak.

Apabila anda mencipta fail .project, .plan dan .pgpkey, yang berikut ini adalah contoh apa yang akan dipaparkan apabila orang lain menggunakan arahan 'finger' ke atas pengguna anda:

$ finger testuser

Login: testuser                         Name: test
Directory: /home/testuser               Shell: /bin/bash
No mail.
PGP key:
Hai, nama saya TestUser dan berikut adalah kekunci PGP saya.
-----BEGIN PGP PUBLIC KEY BLOCK-----
Version: GnuPG v1.0.6 (Darwin)
Comment: For info see http://www.gnupg.org

(...) long PGP key block

-----END PGP PUBLIC KEY BLOCK-----
Project:
Kini sedang bekerja untuk projek sumber terbuka di http://sourceforge.net
Plan:
1. Cipta folder public_html saya sendiri
2. Betulkan bot IRC tu

Cipta fail-fail tersebut.

$ cd ~
$ touch .project .plan .pgpkey

Sekarang anda cuma perlu isikan fail-fail tersebut dengan kandungan.

$ nano .project
$ nano .plan
$ nano .pgpkey

write <user> [tty]

Sekiranya terminal pengguna tertentu boleh dihantar mesej (writable), arahan ini akan membuka paip ke terminal pengguna tersebut. Apa-apapun yang anda taip selepas ini akan terpapar di terminal pengguna berkenaan. Kalau pilihan tty tidak disertakan dalam arahan ini, terminal terakhir pengguna tersebut akan dipilih secara automatik. Tamatkan sidang (session) tersebut dengan aksara penghujung fail (EOF) iaitu CTRL+D.

passwd

Tukar kata laluan anda. Ini akan memaparkan penggesa (prompt) untuk kata laluan semasa anda, diikuti dengan kata laluan baru yang ingin anda gunakan.

Personal tools
Namespaces

Variants
Actions
Navigation
Indexes
SHellium Sites
Toolbox